NOTA UNTUK GURU



MODEL TYLER
Model Tyler merupakan model perkembangan kurikulum yang sangat terkenal (Yusuf Hashim 2000). Dalam bukunya yang terkenal Basic Principles of Curriculum and Instruction (1949), Tyler menekankan bahawa pengembangan kurikulum untuk bidang pembelajaran apapun harus didasarkan kepada 4 pertanyaan seperti berikut;
  • Apa tujuan yang hendak dicapai?
  • Pengalaman apa yang perlu diberikan untuk mencapai tujuan itu?
  • Bagaimana mengatur pemberian pengalaman itu secara efektif?
  • Bagaimana mengetahui apakah tujuan telah dicapai?
PRINSIP ASAS Model Tyler
4 perkara yang menjadi prinsip asas iaitu:
  • Objektif pendidikan
  • Kandungan Kurikulum
  • Kaedah Pengajaran
  • Penilaian
OBJEKTIF PENDIDIKAN TYLER menentukan:-
  • Matlamat pendidikan yang hendak dicapai.
  • Pembinaan kurikulum / pemilihan pengalaman pembelajaran.
  • Organisasi / susunan kurikulum / perancangan isi pelajaran / pembinaan prosedur pengajaran.
  • Pengujian dan penilaian.
Sumber Objektif Pendidikan
Didapati melalui kajian terhadap pelajar bagi :-
  • Menentukan apakah keperluan pelajar dari segi fizikal, sosial, emosi, spiritual dsb.
  • Menentukan apakah pengetahuan, idea, sikap, dan tabiat pelajar.
  • Menentukan apakah minat pelajar.
Didapati melalui kajian terhadap keadaan semasa:-
  • menentukan apakah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam masyarakat semasa.
  • Memastikan pendidikan dapat dipindahkan ke alam pekerjaan. Didapati daripada cadangan pakar subjek :-
  • Melalui penulisan dan cadangan pakar.
  • Melalui laporan yang dibuat oleh pakar atau jawatankuasa dalam bidang tertentu.
Tapisan Objektif Pendidikan
Menggunakan falsafah dalam memilih objektif:-
  • Falsafah pendidikan dan falsafah sosial boleh digunakan sebagai saringan untuk memilih objektif pendidikan.
  • Nilai sesuatu yang baik, yang ditekankan dalam falsafah boleh menentukan sama ada menerima atau menolak sesuatu objektif.
Menggunakan psikologi dalam memilih objektif :-
  • Pengetahuan psikologi dapat menentukan sama ada sesuatu objektif itu sesuai atau tidak bagi tahap pencapaian dan umur pelajar.
  • Pengetahuan psikologi memberi petunjuk tentang jangka masa belajar yang diperlukan oleh pelajar.


TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. 

1)Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. 

2)Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya. 

3)Domain psikomotor pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan. 

Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras. Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi. Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.

1. Pengetahuan (Knowledge)
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.
Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

2. Pemahaman (Comprehension)
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.

3. Aplikasi (Application)
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain.
Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

4. Analisis (Analysis)
Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Contoh: Bezakan, pasti, pilih.

5. Sintesis (Synthesis)
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

6. Penilaian (Evaluation)
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.
Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan