Refleksi Makro Pengajaran
·
1. Refleksi Makro
Pengajaran : Semasa menjalankan makro teaching saya telah dapat mengesan
beberapa kekuatandan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya
dapat mengawal kelas dengan baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan
makro teaching ini, bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi
pengajaran makroteaching ini.Persediaan awal adalah sangat penting bagi
membantu saya menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa
yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan
kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan
dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya
aktivitipengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti teka teki pada sesi induksi dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar
selain memberi keseronokan kepada murid.Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama
yang baik dan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang
dijalankan oleh guru. Saya dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan
aktiviti-aktiviti pembelajaran yang diadakan. Saya juga menyediakan contoh
ilustrasi agar murid dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan
menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat
murid.Selain itu, kelantangan suara guru juga memain kanperanan yang
penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar
dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang
ingin disampaikan oleh guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh
murid dan ini akan memudahkan guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang
dengan baik dan lancar.Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan
pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan
salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana
kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaranboleh mempengaruhi peribadi pelajar
agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu,pertuturan yang baik dan jelas dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa
yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan
lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan
jelas,memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan
panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan
kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan