1. Thorny Devil
Haiwan ini disebut juga Moloch, atau setan gunung. Dr. John Grey, yang menemukan reptil ini, mengambil namanya dari dewa Canaanite (Moloch), yang pernah mengorbankan kanak-kanak. Ia dapat tumbuh sehingga 8 inci dan merupakan haiwan yang tidak agresif. Ia memiliki kemampuan untuk menyerap air melalui kulitnya.
Narwhal
Haiwan ini sangat jarang dilihat. Narwhal bermaksud paus mayat; dinamakan demikian kerana warna kulitnya yang kebiruan dan berwarna comot. Haiwan ini sangat mirip dengan Unicorn dan memiliki 2 gigi atas. Gigi ini akan tumbuh hingga 7-10 kaki, namun kegunaannya masih belum diketahui.
Whorl-Tooth Shark
Haiwan ini hidup lebih dari 250 juta tahun yang lalu, dan sekarang sudah pupus. Panjangnya boleh mencapai panjang 13 kaki. Gigi sebelah bawahnya mirip dengan gergaji mesin, sementara gigi sebelah atasnya hanya berisi sedikit gigi.
Yeti Crab
Tidak ada yang tahu kegunaan dari rambut-rambut yang melapisi sepitnya. Secara teori, rambut2 ini mungkin berguna menjebak bakteria yang kemudian menyaring racun-racun keluar.
Okapi
(Okapia johnstoni) adalah mamalia dari Hutan Hujan Ituri di Afrika Tengah. Walaupun haiwan ini memiliki persamaan belang kulit dengan kuda belang, okapi memiliki perkerabatan lebih dekat dengan zirafah. Kemiripannya dengan kuda belang dan zirafah menimbulkan dugaan adanya persilangan antara keduanya, tapi walaupun adanya kesamaan ciri tertentu, haiwan ini sebenarnya tidak secara dekat berkerabat dengan kuda belang. Haiwan yang berasal dari Hutan Hujan Ituri di timur laut Republik Demokratik Kongo ini baru diketahui oleh penduduk setempat pada tahun 1901.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan