Selasa, 9 April 2013
KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas
didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys
and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas
menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang
tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam
menghasilkannya.
Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh
individu. Individu yangdikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa
memahami dan mengadaptasi segala cabaranpersekitaran kepada hidup dan mindanya.
Sejarah Perkembangan Kanak-Kanak Pintar Cerdas Di Malaysia.
Pendidikan di negara Malaysia tidak menekankan kepada pembezaan pembelajaran yang
dapat dimanfaatkan oleh pelajar pintar cerdas . Tanpa mengira lokasi dan tempat tinggal,
semua pelajar pintar cerdas ini memerlukan satu pendekatan berbeza yang dapat
meningkatkan tahap pembelajaran mereka selaras dengan kebolehan mereka yang boleh
belajar di aras kognitif yang lebih tinggi. Buat masa ini, tidak wujud satu akta yang
menekankan kepada proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar cerdas. Akta sedemikian
amatlah penting untuk memastikan keperluan pelajar-pelajar pintar cerdas di Malaysia dapat
dipenuhi dan potensi semula jadi yang wujud dalam diri mereka tidak terkulai separuh jalan.
Pemerhatian menunjukkan bahawa pembangunan pendidikan pelajar pintar cerdas di
Malaysia amat jarang diberikan pemerhatian walaupun Malaysia telah merdaka 53 tahun
yang lalu. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pelajar-pelajar pintar cerdas pernah
diberikan peluang untuk belajar ditahap yang lebih tinggi melalui Sistem Kelas Ekspress
yang telah dilaksanakan pada tahun 1962. Pelajar- pelajar tersebut dikenalpasti dahulu
sebelum diberikan peluang untuk memendekkan tempoh pembelajaran disekolah rendah dari
enam kepada lima tahun. Dari tempoh tersebut sehingga ke awal 1980an, Kementerian
Pelajaran Malaysia tidak menyediakan satu program yang khusus untuk memenuhi keperluan
pembelajaran pelajar-pelajar pintar cerdas sehinggalah Persatuan MENSA Malaysia
ditubuhkan pada tahun 1983 dengan keahlian seramai 140 oarang pelajar.
Disebabkan oleh keperluan untuk menyediakan satu bentuk pendidikan bagi pelajat
pintar cerdas wujud, maka pada tahun 1985, Prof. Madya Azman Wan Cik, pensyarah Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya telah memperkenalkan program Pintar Cerdas BAKA melalui
penyelidikan beliau. Program berbentuk penyelidikan tersebut telah menggunakan satu ujian
dinamakan BAKA untuk mengenalpasti pelajar pintar cerdas yang ada di Malaysia. Ini
seterusnya di susuli dengan penubuhan Persatuan Kanak-Kanak Bergeliga Malaysiapada
tahun 1987. Persatuan ini kemudiannya telah menjadi pentas kepada perbincangan dan
perkongsian diantara para individu termasuk guru, para akademik dan ibu bapa yang
berminat atau terlibat dengan pendidikan pelajar pintar cerdas.
Perkembangan ini seterusnya diikuti dengan Simposium Pintar-Cerdas Kebangsaan
yang pertama pada tahun 1990 yang dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Kanak-Kanak,
Universiti Malaya di Kuala Lumpur. Satu resolusi telah dibentuk hasil dari perbincangan di 4 | P a g e
symposium tersebut untuk merancang secara sistematik pendidikan pelajar-pelajar pintar
cerdas di Malaysia.
Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Ujian
Penilaian Tahap Satu (PTS) untuk para pelajar darjah tiga bagi mengenalpasti pelajar-pelajar
pintar cerdas. Pemilihan tersebut berdasarkan pencapaian akademik, dan pelajar-pelajar yang
cemerlang diberikan peluang untuk terus ke darjah lima. PTS dilaksanakan sehingga tahun
2001 dan kemudiannya dimansuhkan kerana beberapa masalah. Sehingga akhir tahun 2006,
belum ada sebarang usaha, peruntukan, mahu pun program yang dirangka khusus bagi
membantu pelajar-pelajar pintar cerdas untuk meningkatkan potensi diri mereka dalam
bidang akademik dan kehidupan.
Sejarah pendidikan pelajar pintar cerdas di Malaysia bermula semula pada tahun 2007
apabila seorang kanak-kanak pintar cerdas matematik, Adi Putra Abd. Ghani menjadi
perhatian media massa. Beliau telah diuji tahap kepintarannya oleh Prof. Madya Dr. Noriah
Mohd. Ishak seorang pakar kaunseling dan psikologi dan Dr. Rosadah Abd. Majid seorang
pakar bidang bidang pendidikan khas untuk kanak-kanak pintar cerdas dari Universiti
Kebangsaan Malaysia. Adi Putra didapati mempunyai kepintaran yang superior dalam
beberapa bahagian matematik. Adi Putra kemudiannya telah ditawarkan beberapa pilihan
program pembelajaran berbentuk pecutan dan pengayaan oleh beberapa buah universiti
tempatan. Ini merupakan titik tolak kepada permulaan program pendidikan kanak-kanak
pintar cerdas di Malaysia selepas program BAKA yang diperkenalkanpada awal
tahun1970an. Bertitik tolak dari Adi Putra dan dengan kesungguhan Tan Sri Dato’ Dr
Sharifah Hapsah Syed Shahabudin, Naib Canselor UKM serta sokongan padu YAB Datin
Seri Paduka Rosmah Mansor yang ketika itu adalah isteri kepada Timbalan Perdana Manteri
Malaysia, projek PERMATApintar seterusnya telah digarap dengan teliti. Adalah menjadi
harapan negara supaya projek ini dapat mengcungkil lebih ramai pelajar-pelajar pintar yang
berada di seluruh pelusuk negara tanpa mengira bangsa, agama, latar belakang keluarga dan
budaya. Ini merupakan satu program yang dapat menggambarkan konsep satu Malaysia yang
diketengahkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam.
KEPERLUAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai keperluan khas yang berlainan daripada pelajarpelajar sederhana atau kanak-kanak istimewa. Mereka mempunyai ciri-ciri unik seperti:
a. Mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.
b. Sentiasa tekun dalam mengejar minat dan mencari jawapan kepada persoalan yang
timbul dalam minda mereka.
c. Mempnnyai perseptif berbeza terhadap persekitaran.
d. Kritikal terhadap diri sendiri dan orang lain.
e. Boleh berjenaka.
f. Peka terhadap ketidakadilan ditahap peribadi dan global.
g. Sentiasa menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang.
h. Tidak mudah menerima kenyataan-kenyattan dangkal, jawapan atau penilaian yang
diberi atau dibuat oleh orang lain.
i. Faham prinsip-prinsip asas atau umum dengan mudah.
j. Sering memberikan respons kepada persekitaran melalui media dan pelbagai cara lain
selain dari bahan cetakdan penulisan.
k. Dapat melihat hubungan yang wujud antara pandangan-pandangan yang berbeza, dan
menghasilkan pelbagai idea dari satu rangsangan yang spesifik yang memerlukan
persekitaran pembelajaran yang sangat mencabar.
( Tuttle & Becker, 1980)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan