KREATIVITI DAN KANAK-KANAK
KREATIVITI DAN KANAK-KANAK
KREATIVITI SECARA
UMUM
Daripada banyak kebolehan semulajadi yang dianugerahkan kepada manusia. Kebolehan
‘kreatif’ biasanya membawa perasaan istimewa dan eksklusif kepada diri individu
yang mempunyai kebolehan itu kerana dia sering dianggap memepunyai beberapa
kualiti yang sejati yang jarang dijumpai. Kualiti inilah yang membezakan
individu tersebut dari kumpulan majority manusia yang kurang kreatif. Walau
bagaimanapun, penyelidikan saintifik kebelakangan ini membawa kepada pemahaman
yang lebih jelas berkenaan krativiti dan juga kepada pendekatan yang lebih
realistik untuk menjalankan kajian-kajian tentangnya. Sejak tiga dekad yang
lalu didapati bertambahnya minat terhadap bidang ini dan ada
penyelidik-penyelidik yang berpendapat bahawa “ semua manusia dilahirkan dengan
potensi untuk bersifat kreatif ; dan dengan adanya persekitaran serta
teknik-teknik yang sesuai maka potensi ini boleh dikenali, dipupuk dan diukur”
(Jones 1972: vii)
Kini fenomena bertambahnya minat terhadap bidang kreativif dilihat oleh
sesetengah golongan manusia sebagai satu perkembangan yang besar dalam
pendidikan. Namun begitu ada pula yang menganggap bahawa minat baru ini sebagai
sesuatu yang bersifat semntara dan akan lenyap dengan cepat. Disamping itu ada
pula mereka yeng begitu berazam untuk memupuk bakat dan kemahiran kreatif dalam
kalangan pelajar dan golongan ini tidak terlepas daripada kritikan serta
kesangsian umum. Contohnya, Ausubel pernah menyatakan seawal tahun enam puluhan
lagi bahawa “ pengajaran untuk memupuk sifat kreatif merupakan satu keganjilan
terbaru yang terus meningkat subur dalam bidang pendidikan pada masa ini.
Kurang
persetujuan terhadap definisi istilah ‘kreativiti’telah menyebabkan wujudnya
gerak balas yang berbeza-beza terhadap soal kreativiti. Para penyelidik
masing-masing cuba member tafsiran dan definisi sendiri tentang konsep
kreativiti. Menurut Foster (1971), “ definisi-definisi ini dinyatakan dari
pelbagai segi misalnya dari segi psikologi, falasafah, sosiologi, statistik ;
ada definisi yang khusus bunyinya dan ada pula yang sangat umum”. Vernon dan
rakan-rakannya (Vernon, Adamson dan Vernon, 1977: 67) telah merumuskan masalah
tentang definisi seperti berikut.
Secara tradisional kreativiti meupakan sesuatu yang bermisteri dan hanya pada
kebelakangan ini sahajalah terdapat usaha-usaha untuk mengkaji kreativiti
sebagai satu fenomena semulajadi. Kita masih belum mendapat satu definisi yang
memuaskan, walaupun beberapa definisi yang baik telah dikemukakan.
Betapa rumitnya masalah yang berhubung definisi perkataan ‘kreativiti’ ini
terbayang dalam satu kenyataan yang dibuat oleh seseorang penyelidik British
yang bernama Hitchfield (1973 : 111) yang berkata bahawa “ perkataan kreativiti
yang belum dapat ditemui dalam kamus.
3.0 DEFINISI KREATIF
Berbagai-bagai makna dan pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti.
Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam
mengeneralisasikan idea baru. Oldham dan Cumming (1196) menyatakakan kreativiti
ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan
idea baru. Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana
ia menuju ke arah yang lebih realiti.Mumford dan Gustafson (1998) menyebut
kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat.
Terdapat banyak definisi kreativiti. Antara definisi tersebut ditunjukkan dalam
Rajah
Rajah 3.1 Definisi Kreativiti
Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut kita boleh menjelaskan kreativiti
sebagai:
i. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu,
menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif.
ii. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea
kreatif dan pemikiran kreatif.
iii. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli
atau baru.
iv. Hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan.
Kreativiti boleh ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam
merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah
yang lebih realiti.
Dalam konteks ini kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea
baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai
semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti,
gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru
dan idea lama boleh dilihat kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini.
Manakala inovasi adalah hasil pemikiran kritis dan kritif yang member makna
baru kepada sesuatu yang bersifat kreatif.
4.0 DEFINISI
KANAK-KANAK
Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari peringkat
bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat
berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji
sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan
manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan
kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan,
mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek
mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat
terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak
dapat dielakkan.
Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan
sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu
untuk membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak ialah
kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan
mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa. Kanak-kanak terbahagi kepada
dua iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir, kanak-kanak
awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala kanak-kanak pertengahan dan
akhir di antara 7 tahun sehingga 12 tahun. Akhirnya kanak-kanak pertengahan dan
akhir adalah kanak-kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan
perhatikan.
5.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK PIAGET
Jean Piaget percaya bahawa semua kanak-kanak mengalami tahap perkembangan
intelektual. Kebanyakan idea muncul hasil pemerhatian terhadap anak-anaknya
sendiri yang Berjaya menyelesaikan masalah pemikiran.
Piaget dipengaruhi oleh dua proses yang membantu dalam perkembangan intelek,
iaitu asimilasi dan akomodasi. Menurut Santrock (2006), asimilasi berlaku
apabila kanak-kanak menggabungkan ilmu pengetahuan baharu dalam ilmu
pengetahuan sedia ada. Akomodasi berlaku apabila kanak-kanak mengubahsuai skema
kepada persekitaran. Suatu skema ialah konsep atau kerangka yang wujud dalam
minda individu untuk mengkordinasikan dan menginterpretasikan maklumat. Skema
terdiri daripada suatu aspek mudah seperti skema sebuah kereta kepada aspek
komplek seperti apa-apa yang terkandung dalam dunia ini.
Menurut Santrock (2006), saranan istilah penyeimbangan (equilibration ) oleh
Piaget merupakan satu mekanisme untuk menerangkan cara kanak-kanak mengalih
pemikiran dari satu tahap ke satu tahap yang lain, pengalihan pemikiran berlaku
apabila kanak-kanak mengalami konflik kognitif atau ketidak seimbangan ( disequilibrium)
dalam percubaan untuk memahami dunia dan persekiran. Seterusnya, mereka
menyelesaikan konflik dan memperolehi keseimbanagn pemikiran.
Dalam pemerhatian Piaget, terdapat emapat tahap dalam perkembangan kognitif
seperti berikut:
5.1 tahap sensory motor (sejak lahir hingga 2 tahun)
Pada tahap ini, persepsi bayi adalah melalui dunia, dalam usia ini, bayi cuba
belajar mengkordinasikan pergerakkan dengan informasi daripada derianya. Pada
tahap ini juga, pengekalan objek (object permanent ), iaitu suatu pemahaman
objek tersebut tidak kelihatan didepannya, hal ini bermakna pada tahap ini
belum wujud ini kreativiti pada kanak-kanak tersebut.
5.2 tahap praoperasi (sejak 2 tahun hingga 6 atau 7)
pada tahap ini, kanak-kanak mula mewakili dunia dengan kata-kata dunia dengan
kata-kata dan imej. Pada tahap ini juga, kanak-kanak mula menggunakan bahasa
bahasa dan memikir secara simbolik, tetapi kekal intuitif dan egosentrisme.
Egosentrisme ialah ketidakupayaan untuk membezakan antara perspektif seorang dengan
seorang yang lain. Contohnya :
father: Mary, is mommy there?
Mary: (silent nods)
Father: Mary, can I speak to mommy?
Mary: (nods again silent)
Respon Mary ialah egosentrik kerana dia gagal menyedari bahawa dia tidak boleh
melihat anggukkan. Dalam pada itu, penumpuan pada sesuatu sifat sehingga
mengabaikan yang lain. Sifat ini adalah cirri-ciri kank tahap praoperasi.
Ciri-ciri sesuatu adalah sama walaupaun objek mungkin bertukar sifatnya apabila
dilihat secara luaran dengan mata kasar.
5.3 Tahap operasi konkrit (umur 7 tahu sehingga 11 tahun)
Suatu perkembangan pada tahap ini ialah kanak-kanak menguasai konservasi, iaitu
konsep tentang berat, jisim dan bentuk objek yang berubah. Menurut Coon idan
Mitterer (2007), kank-kanak telah mempelajari konservasi, apabila mereka
memahami bahawa “ tanah liatdapat dibentuk dalam bentuk “ular” tidak akan
meningkatkan berat tanah liat. Dalam pada itu, menuang air kedalam gelas yang
tinggi dan sempit kedalam piring yang cetek tidak akan mengurangkan jumlah
kandungan air.
Semasa dalam tahap ini, kanak mulai berfikiran kreatif dan mampu
mengapalikasikan penggunaan bahan untuk seatu yang baru, malah kanak-kanak juga
mulai menggunakan konsep masa, ruang dan nombor. Mereka ini dapat berfikir
secara logik atau situasi konkrit, ketogeri dan prinsip-prinsipnya.
5.4 Tahap operasi formal ( 11 tahun keatas)
Pada tahap ini kanak-kanak mula berfikir kepada prinsip abstrak seperti
demokrasi, pengiktirafan dan pemikiran. Mereka mula keluar daripada memikir
secara konkrit dan contoh spesifik yang dilakukan pada tahap operasi konkrit.
Kanak-kanak pada tahap ini juga boleh memikir tentang pemikiran menjadi kurang
egosentrik. Dalam pda itu, keupayaan intelek dewasa adalah misi utama dalam
opersi formal ini. Mereka boleh memahami bagaimana yang dikatakan konsep ruang,
komposisi, bentuk, rupa dan sebagai. Boleh menghasilkan obejk bersifat 3
dimensi.
6.0 KREATIVITI DAN KANAK-KANAK
Menurut kebanyakkan penyelidik berkenaan kreativiti, kreativiti seringkali
dikaitkan dengan kanak-kanak, hal ini kerana kanak-kanak biasanya bermain
dengan idea dan mempamerkan ciri-ciri kreatif secara berperingkat pada individu
kanak-kanak ini. Albert Einstien ( Schilpp 1949), pemikir sainstifik terkenal,
menyatakan perkara yang paling kreatif pada diri kanak-kanak adalah apabila
mereka bermain dengan fikiran.
E. Paul Torrance (1964) menyatakan pula, kanak-kanak menunjukkan tahap paling
kreatif pada usia empat tahun. Sekiranya perkara yang dinyatakan ini benar,
perkara ini mungkin menarik untuk kita mengklasfikasikan ciri-ciri kanak-kanak
yang menunjukan kreativiti yang ada pada diri mereka. apakah sifat-sifat
istimewa yang mereka miliki yang boleh membantu kita memahami cara yang unik
mereka mengalami dunia? Kebanyakkan pada kanak-kanak yang berusia empat tahun;
a) Bebas
b) Seronok mempelajari perkara baru
c) Sifat ingin tahu
d) Suka bermain/ keseronokkan
e) Peserta yang aktif
Kebanyakkan kanak-kanak, yang baru mengenali dunia ciri-ciri kreativiti mereka
lebih terpengaruh dengan keaadaan sekeliling. Walau bagaimanapun, kanak-kanak
ini bersifat, mengikut, meniru, apa yang mereka lihat dengan kerap kalinya,
terutamanya sifat orang dewasa. Dan sifat kreatif ini kemungkinan akan hilang
sekiranya perkara yang ditunjuk oleh ibu bapa berbeza.
Namun sekiranya kanak-kanak tersebut sememangnya kreatif, bagaimana dikatakan
persekitaran menyokong keupayaan kreativiti kanak-kanak tersebut? Dan bagaimana
kreativiti ini dipupuk agar kekal dalam diri kanak-kanak ? mungkin permulaan
yang baik untuk membangunkan kesedaran kompleks dalam proses pemikiran kreatif.
Kreativiti sangat susah untu kita fahami. Namun perkembangannya boleh dilihat
dari peringkat ke satu peringkat ketika usia kanak-kanak.
6.1 kreativiti kanak-kanak
Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan kreatif( Lowenfeld 1975). Menurut
Guilford (1964) menerangkan bahawa intelektual atau minda mempunyai lima bentuk
operasi yang terdiri daripada;
a) kognitif, yang menerima dan memproses maklumat
b) memori, yang menrima dan menyimpan maklumat
c) pemikiran kovergen, keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khusus
d) pemikiran divergen, kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai atu bercapah
yang selari dengan pemikiran kreatif
e) penilaian, yang merupakan hsil pertimbangan sesuatu tindakkan.
6.2 Seni bahasa pertama kanak-kanak
kanak-kanak memerlukan peluang untuk mencipta seni kerana penting untuk
pertumbuhan minda mereka. Kanak-kanak in tidak boleh dipisahkan dari kesenian
terutama dalam kegiatan harian mereka. Ujian dengan menggunakan karayon memaksa
kanak-kanak untuk cuba naik ke satu peringkat ke satu peringkat, hasilnya
biasanya akan bertambah baik.
Hal ini boleh menjelaskan eksperimen yang menunjukan percubaan makanisme
dalaman yang ditunjukan oleh mereka.
6.3 Seni membantu perkembangan kanak-kanak
Melalui seni, kanak-kanak mendapat kemahiran dan membangunkan konsep yang
meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan berinteraksi dengan persekitaran.
Perkembangan kanak-kanak ini boleh dilihat dari segi:
a) Fizikal, seni membantu kanak-kanak membangunkan fizikal untuk membaiki
keupayaan untuk mengawal besar dan kecil otot dan mengawal dan membaiki
coordinasi tangan-mata. Penyediaan pelbagai bahan dan alat membantu kanak-kanak
ini meningkatkan keupayaan mereka untuk mengawal basar dan kecil otot
kanak-kanak tersebut.
b) Hal ini
kerana keseronokan mereka mengambil alat, mangangkat barangan seni, dan
lain-lain sebenarnya automatic menyumbang kepada perkembangan fizikal.
Selain daripada itu, permainan yang melibatkan penggunaan mainan doughs liat
dan tanah liat meningkatkan kekuatan jari. Penggunaan berus dan easel mengawal
lengan dan pergelangan tangan.
c) Emosi dan sosial, seni juga membantu kanak-kanak membangunkan emosi untuk
menjadi lebih berkeyakinan. Murid boleh berinterakasi dan meningkatkan
keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran
pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama didalam aktiviti
kumpulan yang dibentuk.
d) Kreativiti, latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid
untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di seni juga
mengutamakan proses, berbanding dengan hasil akhir
e) Kognitif, penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang
menggalakkan kanak-kanak ini berfikir, malah mengembangkan minda kanak-kanak
yang mempunyai msalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat
keputusan.
7.0 PENUTUP
Jelas disini apabila kita mengkaji berkenaan kreativiti, segalanya adalah
bermula dari perkembanagan kanak-kanak. Tahap kekreatifan kanak-kanak boleh
dilihat secara berperingkat, seperti yang diperjelaskaskan melalui teori
perkembanagn kanak-kank piaget, yang terdiri dari empat tahap yang menunjukkan
perubahan yang amat ketara.
Disamping itu, melalui tahap ini kita boleh mengenal peringkat kreativiti
kanak-kanak dan secara aktifnya, kanak-kanak akan memperlihatkan tahap
kekreatifan pada usia empat tahun seperti yang dikatakan oleh E. Paul Torrance
(1964), kerana padavtahap ini la kanak-kanak cuba memahami segala yang ada
disekitarnya dan mengaplikasikan kedalam bentuk seni. Umpamanya, mengikut
pengalaman daripada diri saya sendiri, pada usia ini, saya mula melukis, ayam,
manusia, pokok namun ia msih dalam bentuk dua dimensi yang masih belum boleh
mencapai tahap operasi formal yang boleh melihat kepada bentuk tiga
dimensi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan