Selasa, 9 April 2013

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

 DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas
didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys
and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas
menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang
tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam
menghasilkannya.
Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh
individu. Individu yangdikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa
memahami dan mengadaptasi segala cabaranpersekitaran kepada hidup dan mindanya.


Sejarah Perkembangan Kanak-Kanak Pintar Cerdas Di Malaysia.

Pendidikan di negara Malaysia tidak menekankan kepada pembezaan pembelajaran yang 
dapat dimanfaatkan oleh pelajar pintar cerdas . Tanpa mengira lokasi dan tempat tinggal, 
semua pelajar pintar cerdas ini memerlukan satu pendekatan berbeza yang dapat 
meningkatkan tahap pembelajaran mereka selaras dengan kebolehan mereka yang boleh 
belajar di aras kognitif yang lebih tinggi. Buat masa ini, tidak wujud satu akta yang 
menekankan kepada proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar cerdas. Akta sedemikian 
amatlah penting untuk memastikan keperluan pelajar-pelajar pintar cerdas di Malaysia dapat
dipenuhi dan potensi semula jadi yang wujud dalam diri mereka tidak terkulai separuh jalan.

Pemerhatian menunjukkan bahawa pembangunan pendidikan pelajar pintar cerdas di 

Malaysia amat jarang diberikan pemerhatian walaupun Malaysia telah merdaka 53 tahun 
yang lalu. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pelajar-pelajar pintar cerdas pernah 
diberikan peluang untuk belajar ditahap yang lebih tinggi melalui Sistem Kelas Ekspress 
yang telah dilaksanakan pada tahun 1962. Pelajar- pelajar tersebut dikenalpasti dahulu 
sebelum diberikan peluang untuk memendekkan tempoh pembelajaran disekolah rendah dari 
enam kepada lima tahun. Dari tempoh tersebut sehingga ke awal 1980an, Kementerian 
Pelajaran Malaysia tidak menyediakan satu program yang khusus untuk memenuhi keperluan 
pembelajaran pelajar-pelajar pintar cerdas sehinggalah Persatuan MENSA Malaysia 
ditubuhkan pada tahun 1983 dengan keahlian seramai 140 oarang pelajar.
Disebabkan oleh keperluan untuk menyediakan satu bentuk pendidikan bagi pelajat 
pintar cerdas wujud, maka pada tahun 1985, Prof. Madya Azman Wan Cik, pensyarah Fakulti 
Pendidikan, Universiti Malaya telah memperkenalkan program Pintar Cerdas BAKA melalui 
penyelidikan beliau. Program berbentuk penyelidikan tersebut telah menggunakan satu ujian 
dinamakan BAKA untuk mengenalpasti pelajar pintar cerdas yang ada di Malaysia. Ini 
seterusnya di susuli dengan penubuhan Persatuan Kanak-Kanak Bergeliga Malaysiapada 
tahun 1987. Persatuan ini kemudiannya telah menjadi pentas kepada perbincangan dan 
perkongsian diantara para individu termasuk guru, para akademik dan ibu bapa yang 
berminat atau terlibat dengan pendidikan pelajar pintar cerdas.

Perkembangan ini seterusnya diikuti dengan Simposium Pintar-Cerdas Kebangsaan 

yang pertama pada tahun 1990 yang dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Kanak-Kanak, 
Universiti Malaya di Kuala Lumpur. Satu resolusi telah dibentuk hasil dari perbincangan di 4 | P a g e
symposium tersebut untuk merancang secara sistematik pendidikan pelajar-pelajar pintar 
cerdas di Malaysia.

Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Ujian 

Penilaian Tahap Satu (PTS) untuk para pelajar darjah tiga bagi mengenalpasti pelajar-pelajar 
pintar cerdas. Pemilihan tersebut berdasarkan pencapaian akademik, dan pelajar-pelajar yang 
cemerlang diberikan peluang untuk terus ke darjah lima. PTS dilaksanakan sehingga tahun 
2001 dan kemudiannya dimansuhkan kerana beberapa masalah. Sehingga akhir tahun 2006, 
belum ada sebarang usaha, peruntukan, mahu pun program yang dirangka khusus bagi 
membantu pelajar-pelajar pintar cerdas untuk meningkatkan potensi diri mereka dalam 
bidang akademik dan kehidupan.

Sejarah pendidikan pelajar pintar cerdas di Malaysia bermula semula pada tahun 2007 

apabila seorang kanak-kanak pintar cerdas matematik, Adi Putra Abd. Ghani menjadi 
perhatian media massa. Beliau telah diuji tahap kepintarannya oleh Prof. Madya Dr. Noriah 
Mohd. Ishak seorang pakar kaunseling dan psikologi dan Dr. Rosadah Abd. Majid seorang 
pakar bidang bidang pendidikan khas untuk kanak-kanak pintar cerdas dari Universiti 
Kebangsaan Malaysia. Adi Putra didapati mempunyai kepintaran yang superior dalam 
beberapa bahagian matematik. Adi Putra kemudiannya telah ditawarkan beberapa pilihan 
program pembelajaran berbentuk pecutan dan pengayaan oleh beberapa buah universiti 
tempatan. Ini merupakan titik tolak kepada permulaan program pendidikan kanak-kanak 
pintar cerdas di Malaysia selepas program BAKA yang diperkenalkanpada awal 
tahun1970an. Bertitik tolak dari Adi Putra dan dengan kesungguhan Tan Sri Dato’ Dr 
Sharifah Hapsah Syed Shahabudin, Naib Canselor UKM serta sokongan padu YAB Datin 
Seri Paduka Rosmah Mansor yang ketika itu adalah isteri kepada Timbalan Perdana Manteri 
Malaysia, projek PERMATApintar seterusnya telah digarap dengan teliti. Adalah menjadi 
harapan negara supaya projek ini dapat mengcungkil lebih ramai pelajar-pelajar pintar yang 
berada di seluruh pelusuk negara tanpa mengira bangsa, agama, latar belakang keluarga dan 
budaya. Ini merupakan satu program yang dapat menggambarkan konsep satu Malaysia yang 
diketengahkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam.

KEPERLUAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai keperluan khas yang berlainan daripada pelajarpelajar sederhana atau kanak-kanak istimewa. Mereka mempunyai ciri-ciri unik seperti:
a. Mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.
b. Sentiasa tekun dalam mengejar minat dan mencari jawapan kepada persoalan yang 
timbul dalam minda mereka.
c. Mempnnyai perseptif berbeza terhadap persekitaran.
d. Kritikal terhadap diri sendiri dan orang lain.
e. Boleh berjenaka.
f. Peka terhadap ketidakadilan ditahap peribadi dan global.
g. Sentiasa menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang.
h. Tidak mudah menerima kenyataan-kenyattan dangkal, jawapan atau penilaian yang 
diberi atau dibuat oleh orang lain.
i. Faham prinsip-prinsip asas atau umum dengan mudah.
j. Sering memberikan respons kepada persekitaran melalui media dan pelbagai cara lain 
selain dari bahan cetakdan penulisan.
k. Dapat melihat hubungan yang wujud antara pandangan-pandangan yang berbeza, dan 
menghasilkan pelbagai idea dari satu rangsangan yang spesifik yang memerlukan 
persekitaran pembelajaran yang sangat mencabar.
( Tuttle & Becker, 1980)


KREATIVITI DAN KANAK-KANAK


KREATIVITI DAN KANAK-KANAK


KREATIVITI SECARA UMUM 


Daripada banyak kebolehan semulajadi yang dianugerahkan kepada manusia. Kebolehan ‘kreatif’ biasanya membawa perasaan istimewa dan eksklusif kepada diri individu yang mempunyai kebolehan itu kerana dia sering dianggap memepunyai beberapa kualiti yang sejati yang jarang dijumpai. Kualiti inilah yang membezakan individu tersebut dari kumpulan majority manusia yang kurang kreatif. Walau bagaimanapun, penyelidikan saintifik kebelakangan ini membawa kepada pemahaman yang lebih jelas berkenaan krativiti dan juga kepada pendekatan yang lebih realistik untuk menjalankan kajian-kajian tentangnya. Sejak tiga dekad yang lalu didapati bertambahnya minat terhadap bidang ini dan ada penyelidik-penyelidik yang berpendapat bahawa “ semua manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat kreatif ; dan dengan adanya persekitaran serta teknik-teknik yang sesuai maka potensi ini boleh dikenali, dipupuk dan diukur” (Jones 1972: vii)
Kini fenomena bertambahnya minat terhadap bidang kreativif dilihat oleh sesetengah golongan manusia sebagai satu perkembangan yang besar dalam pendidikan. Namun begitu ada pula yang menganggap bahawa minat baru ini sebagai sesuatu yang bersifat semntara dan akan lenyap dengan cepat. Disamping itu ada pula mereka yeng begitu berazam untuk memupuk bakat dan kemahiran kreatif dalam kalangan pelajar dan golongan ini tidak terlepas daripada kritikan serta kesangsian umum. Contohnya, Ausubel pernah menyatakan seawal tahun enam puluhan lagi bahawa “ pengajaran untuk memupuk sifat kreatif merupakan satu keganjilan terbaru yang terus meningkat subur dalam bidang pendidikan pada masa ini.

Kurang persetujuan terhadap definisi istilah ‘kreativiti’telah menyebabkan wujudnya gerak balas yang berbeza-beza terhadap soal kreativiti. Para penyelidik masing-masing cuba member tafsiran dan definisi sendiri tentang konsep kreativiti. Menurut Foster (1971), “ definisi-definisi ini dinyatakan dari pelbagai segi misalnya dari segi psikologi, falasafah, sosiologi, statistik ; ada definisi yang khusus bunyinya dan ada pula yang sangat umum”. Vernon dan rakan-rakannya (Vernon, Adamson dan Vernon, 1977: 67) telah merumuskan masalah tentang definisi seperti berikut. 
Secara tradisional kreativiti meupakan sesuatu yang bermisteri dan hanya pada kebelakangan ini sahajalah terdapat usaha-usaha untuk mengkaji kreativiti sebagai satu fenomena semulajadi. Kita masih belum mendapat satu definisi yang memuaskan, walaupun beberapa definisi yang baik telah dikemukakan.
Betapa rumitnya masalah yang berhubung definisi perkataan ‘kreativiti’ ini terbayang dalam satu kenyataan yang dibuat oleh seseorang penyelidik British yang bernama Hitchfield (1973 : 111) yang berkata bahawa “ perkataan kreativiti yang belum dapat ditemui dalam kamus.





3.0 DEFINISI KREATIF


Berbagai-bagai makna dan pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti. Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru. Oldham dan Cumming (1196) menyatakakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru. Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat. Terdapat banyak definisi kreativiti. Antara definisi tersebut ditunjukkan dalam Rajah

Rajah 3.1 Definisi Kreativiti Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut kita boleh menjelaskan kreativiti sebagai: i. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif. ii. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif. iii. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru. iv. Hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan.
Kreativiti boleh ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti. Dalam konteks ini kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh dilihat kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini. Manakala inovasi adalah hasil pemikiran kritis dan kritif yang member makna baru kepada sesuatu yang bersifat kreatif.



4.0 DEFINISI KANAK-KANAK


Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari peringkat bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan.
Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa. Kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir, kanak-kanak awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala kanak-kanak pertengahan dan akhir di antara 7 tahun sehingga 12 tahun. Akhirnya kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah kanak-kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan perhatikan.



5.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK PIAGET 


Jean Piaget percaya bahawa semua kanak-kanak mengalami tahap perkembangan intelektual. Kebanyakan idea muncul hasil pemerhatian terhadap anak-anaknya sendiri yang Berjaya menyelesaikan masalah pemikiran. Piaget dipengaruhi oleh dua proses yang membantu dalam perkembangan intelek, iaitu asimilasi dan akomodasi. Menurut Santrock (2006), asimilasi berlaku apabila kanak-kanak menggabungkan ilmu pengetahuan baharu dalam ilmu pengetahuan sedia ada. Akomodasi berlaku apabila kanak-kanak mengubahsuai skema kepada persekitaran. Suatu skema ialah konsep atau kerangka yang wujud dalam minda individu untuk mengkordinasikan dan menginterpretasikan maklumat. Skema terdiri daripada suatu aspek mudah seperti skema sebuah kereta kepada aspek komplek seperti apa-apa yang terkandung dalam dunia ini.  Menurut Santrock (2006), saranan istilah penyeimbangan (equilibration ) oleh Piaget merupakan satu mekanisme untuk menerangkan cara kanak-kanak mengalih pemikiran dari satu tahap ke satu tahap yang lain, pengalihan pemikiran berlaku apabila kanak-kanak mengalami konflik kognitif atau ketidak seimbangan ( disequilibrium) dalam percubaan untuk memahami dunia dan persekiran. Seterusnya, mereka menyelesaikan konflik dan memperolehi keseimbanagn pemikiran. Dalam pemerhatian Piaget, terdapat emapat tahap dalam perkembangan kognitif seperti berikut: 





5.1 tahap sensory motor (sejak lahir hingga 2 tahun) Pada tahap ini, persepsi bayi adalah melalui dunia, dalam usia ini, bayi cuba belajar mengkordinasikan pergerakkan dengan informasi daripada derianya. Pada tahap ini juga, pengekalan objek (object permanent ), iaitu suatu pemahaman 
objek tersebut tidak kelihatan didepannya, hal ini bermakna pada tahap ini belum wujud ini kreativiti pada kanak-kanak tersebut.
5.2 tahap praoperasi (sejak 2 tahun hingga 6 atau 7)  pada tahap ini, kanak-kanak mula mewakili dunia dengan kata-kata dunia dengan kata-kata dan imej. Pada tahap ini juga, kanak-kanak mula menggunakan bahasa bahasa dan memikir secara simbolik, tetapi kekal intuitif dan egosentrisme. Egosentrisme ialah ketidakupayaan untuk membezakan antara perspektif seorang dengan seorang yang lain. Contohnya : father: Mary, is mommy there? Mary: (silent nods) Father: Mary, can I speak to mommy? Mary: (nods again silent) Respon Mary ialah egosentrik kerana dia gagal menyedari bahawa dia tidak boleh melihat anggukkan. Dalam pada itu, penumpuan pada sesuatu sifat sehingga mengabaikan yang lain. Sifat ini adalah cirri-ciri kank tahap praoperasi. Ciri-ciri sesuatu adalah sama walaupaun objek mungkin bertukar sifatnya apabila dilihat secara luaran dengan mata kasar.

5.3 Tahap operasi konkrit (umur 7 tahu sehingga 11 tahun) Suatu perkembangan pada tahap ini ialah kanak-kanak menguasai konservasi, iaitu konsep tentang berat, jisim dan bentuk objek yang berubah. Menurut Coon idan Mitterer (2007), kank-kanak telah mempelajari konservasi, apabila mereka memahami bahawa “ tanah liatdapat dibentuk dalam bentuk “ular” tidak akan meningkatkan berat tanah liat. Dalam pada itu, menuang air kedalam gelas yang  tinggi dan sempit kedalam piring yang cetek tidak akan mengurangkan jumlah kandungan air. Semasa dalam tahap ini, kanak mulai berfikiran kreatif dan mampu mengapalikasikan penggunaan bahan untuk seatu yang baru, malah kanak-kanak juga mulai menggunakan konsep masa, ruang dan nombor. Mereka ini dapat berfikir secara logik atau situasi konkrit, ketogeri dan prinsip-prinsipnya.
5.4 Tahap operasi formal ( 11 tahun keatas) Pada tahap ini kanak-kanak mula berfikir kepada prinsip abstrak seperti demokrasi, pengiktirafan dan pemikiran. Mereka mula keluar daripada memikir secara konkrit dan contoh spesifik yang dilakukan pada tahap operasi konkrit. Kanak-kanak pada tahap ini juga boleh memikir tentang pemikiran menjadi kurang egosentrik. Dalam pda itu, keupayaan intelek dewasa adalah misi utama dalam opersi formal ini. Mereka boleh memahami bagaimana yang dikatakan konsep ruang, komposisi, bentuk, rupa dan sebagai. Boleh menghasilkan obejk bersifat 3 dimensi.

6.0 KREATIVITI DAN KANAK-KANAK


Menurut kebanyakkan penyelidik berkenaan kreativiti, kreativiti seringkali dikaitkan dengan kanak-kanak, hal ini kerana kanak-kanak biasanya bermain dengan idea dan mempamerkan ciri-ciri kreatif secara berperingkat pada individu kanak-kanak ini. Albert Einstien ( Schilpp 1949), pemikir sainstifik terkenal, menyatakan perkara yang paling kreatif pada diri kanak-kanak adalah apabila mereka bermain dengan fikiran. E. Paul Torrance (1964) menyatakan pula, kanak-kanak menunjukkan tahap paling kreatif pada usia empat tahun. Sekiranya perkara yang dinyatakan ini benar, perkara ini mungkin menarik untuk kita mengklasfikasikan ciri-ciri kanak-kanak yang menunjukan kreativiti yang ada pada diri mereka. apakah sifat-sifat istimewa yang mereka miliki yang boleh membantu kita memahami cara yang unik mereka mengalami dunia? Kebanyakkan pada kanak-kanak yang berusia empat tahun; a) Bebas b) Seronok mempelajari perkara baru c) Sifat ingin tahu d) Suka bermain/ keseronokkan e) Peserta yang aktif Kebanyakkan kanak-kanak, yang baru mengenali dunia ciri-ciri kreativiti mereka lebih terpengaruh dengan keaadaan sekeliling. Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini bersifat, mengikut, meniru, apa yang mereka lihat dengan kerap kalinya, terutamanya sifat orang dewasa. Dan sifat kreatif ini kemungkinan akan hilang sekiranya perkara yang ditunjuk oleh ibu bapa berbeza.

Namun sekiranya kanak-kanak tersebut sememangnya kreatif, bagaimana dikatakan persekitaran menyokong keupayaan kreativiti kanak-kanak tersebut? Dan bagaimana kreativiti ini dipupuk agar kekal dalam diri kanak-kanak ? mungkin permulaan yang baik untuk membangunkan kesedaran kompleks dalam proses pemikiran kreatif. Kreativiti sangat susah untu kita fahami. Namun perkembangannya boleh dilihat dari peringkat ke satu peringkat ketika usia kanak-kanak. 6.1 kreativiti kanak-kanak Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan kreatif( Lowenfeld 1975). Menurut Guilford (1964) menerangkan bahawa intelektual atau minda mempunyai lima bentuk operasi yang terdiri daripada; a) kognitif, yang menerima dan memproses maklumat b) memori, yang menrima dan menyimpan maklumat c) pemikiran kovergen, keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khusus d) pemikiran divergen, kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai atu bercapah yang selari dengan pemikiran kreatif e) penilaian, yang merupakan hsil pertimbangan sesuatu tindakkan.
6.2 Seni bahasa pertama kanak-kanak kanak-kanak memerlukan peluang untuk mencipta seni kerana penting untuk pertumbuhan minda mereka. Kanak-kanak in tidak boleh dipisahkan dari kesenian terutama dalam kegiatan harian mereka. Ujian dengan menggunakan karayon memaksa kanak-kanak untuk cuba naik ke satu peringkat ke satu peringkat, hasilnya biasanya akan bertambah baik. 
Hal ini boleh menjelaskan eksperimen yang menunjukan percubaan makanisme dalaman yang ditunjukan oleh mereka.



6.3 Seni membantu perkembangan kanak-kanak Melalui seni, kanak-kanak mendapat kemahiran dan membangunkan konsep yang meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan berinteraksi dengan persekitaran. Perkembangan kanak-kanak ini boleh dilihat dari segi: a) Fizikal, seni membantu kanak-kanak membangunkan fizikal untuk membaiki keupayaan untuk mengawal besar dan kecil otot dan mengawal dan membaiki coordinasi tangan-mata. Penyediaan pelbagai bahan dan alat membantu kanak-kanak ini meningkatkan keupayaan mereka untuk mengawal basar dan kecil otot kanak-kanak tersebut. 

b) Hal ini kerana keseronokan mereka mengambil alat, mangangkat barangan seni, dan lain-lain sebenarnya automatic menyumbang kepada perkembangan fizikal. 
Selain daripada itu, permainan yang melibatkan penggunaan mainan doughs liat dan tanah liat meningkatkan kekuatan jari. Penggunaan berus dan easel mengawal lengan dan pergelangan tangan.
c) Emosi dan sosial, seni juga membantu kanak-kanak membangunkan emosi untuk menjadi lebih berkeyakinan. Murid boleh berinterakasi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama didalam aktiviti kumpulan yang dibentuk. 
d) Kreativiti, latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di seni juga mengutamakan proses, berbanding dengan hasil akhir

e) Kognitif, penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang menggalakkan kanak-kanak ini berfikir, malah mengembangkan minda kanak-kanak yang mempunyai msalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.


7.0 PENUTUP


Jelas disini apabila kita mengkaji berkenaan kreativiti, segalanya adalah bermula dari perkembanagan kanak-kanak. Tahap kekreatifan kanak-kanak boleh dilihat secara berperingkat, seperti yang diperjelaskaskan melalui teori perkembanagn kanak-kank piaget, yang terdiri dari empat tahap yang menunjukkan perubahan yang amat ketara.
Disamping itu, melalui tahap ini kita boleh mengenal peringkat kreativiti kanak-kanak dan secara aktifnya, kanak-kanak akan memperlihatkan tahap kekreatifan pada usia empat tahun seperti yang dikatakan oleh E. Paul Torrance (1964), kerana padavtahap ini la kanak-kanak cuba memahami segala yang ada disekitarnya dan mengaplikasikan kedalam bentuk seni. Umpamanya, mengikut pengalaman daripada diri saya sendiri, pada usia ini, saya mula melukis, ayam, manusia, pokok namun ia msih dalam bentuk dua dimensi yang masih belum boleh mencapai tahap operasi formal yang boleh melihat kepada bentuk tiga dimensi.



Jumaat, 14 Disember 2012

MAGNET- TYPE OF MAGNETS











CIRCULAR MAGNET





CYLINDRICAL MAGNETS






U- SHAPE MAGNET









RING MAGNET









BAR MAGNET


HORSE SHOE MAGNET






SAME POLE - REPEL
DIFFERENT POLE - ATTRACT