Rabu, 7 November 2012

Rancangan Pengajaran harian Pendidikan Moral Tahun 3 KSSR


FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

1.  Mata Pelajaran dan Kelas           :  Pendidikan Moral, Tahun 3 Cempaka
2.  Nilai / Tajuk                                   :  Kerajinan / Usaha Tangga Kejayaan
3.  Bilangan Murid                            :  33 orang
4.  Masa                                              :  10.40 -11.40 pagi (60 minit)
5.  Standard Pembelajaran              : 11.1.1, 11.1.2, 11.1.3, 11.1.4

6.  Objektif Pembelajaran                 : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:      
Penaakulan    :  i. menyatakan sekurang-kurangnya 3 cara bersikap rajin di sekolah.
                           ii. menyatakan sekurang-kurangnya  3 kepentingan bersikap rajin di sekolah
Perasaan       :  menceritakan sekurang-kurangnya 1 perasaan apabila bersikap rajin di sekolah
Perlakuan      :  menunjukkan sikap rajin dengan berusaha mencari sekurang-kurangnya 2 gambar kerajinan dari internet.

7.  Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:
Set induksi:
  1. Guru menunjukkan gambar-gambar sebuah cerita, “Kura-kura dengan arnab”.
  2. Guru bersoal jawab dengan murid.

Langkah 1:
  1. Guru menjana idea dengan meminta murid bercerita berdasarkan gambar-gambar tersebut.
  2. Guru menjana idea dengan meminta murid memberi pendapat tentang nilai-nilai dalam cerita tersebut dengan menggunakan thinking tool (Bubble Map).
  3. Guru menjelaskan nilai kerajinan.

Langkah 2:
i.              Guru mempaparkan teks cerita dan murid diminta membaca teks tersebut.
ii.             Guru menggunakan thinking tool (Human Flow Map) untuk memastikan kefahaman murid terhadap cerita tersebut.
iii.            Perbincangan kelas dijalankan dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti di sekolah dan kepentingan bersikap rajin.



Langkah 3:
i.              Dalam kumpulan, murid menggunakan internet untuk mencari 2 gambar berkaitan kerajinan di sekolah.
ii.             Sumbangsaran perasaan murid berdasarkan gambar-gambar tersebut.
iii.            Murid menjelaskan kepentingan bersikap rajin secara lisan.

Penutup:
Guru membuat kesimpulan.

8.  EMK:
              i.      Kreativiti & inovasi – menjana idea, sumbangsaran
              ii.     TMK  - Menggunakan internet

9.  Bahan Bantu Belajar:
        Gambar-gambar cerita, gambar-gambar kerajinan, lembaran kerja, peta buih

9.  Penilaian p&p:
i.      lembaran kerja (Nyatakan aktiviti-aktiviti kerajinan di sekolah)
ii.     gambar-gambar yang diakses oleh murid daripada internet
iii.    murid dapat menceritakan perasaan apabila bersikap rajin

Aktiviti Pengayaan:

Aktiviti Pemulihan:

10. Refleksi
             i.   30 orang murid  telah mencapai objektif yang ditetapkan.
             ii.  3 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.



Riddles- Occupation and work place


Read and solve this riddles.

I wear a uniform,
I work in a plane,
I look after passengers,
Who  am I ?


I wear a lot of make up,
I wear beautiful  clothes,
I work in front of a camera,
Who  am I ?


I work in a people’s home,
I repair pipes,sinks and toilets,
I use spanner,
Who am I ?

I work in an office,
I type letters and answer telephone calls,
I help visitors to the office,
Who am I ?

Selasa, 23 Oktober 2012

Refleksi Makro Pengajaran


Refleksi Makro Pengajaran
·         1. Refleksi Makro Pengajaran : Semasa menjalankan makro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatandan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan makro teaching ini, bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran makroteaching ini.Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktivitipengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti  teka teki pada sesi induksi dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid.Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang baik dan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru. Saya dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang diadakan. Saya juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat murid.Selain itu, kelantangan suara guru juga memain kanperanan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang ingin disampaikan  oleh guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar.Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaranboleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu,pertuturan yang baik dan jelas dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas,memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.